Home
Home PDF Print E-mail
 
Sigmaview Alliance Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2005 dengan memberi penumpuan dalam bidang pengurusan, insuransi, perundingan latihan dan perkhidmatan pembekalan. Namun mulai Oktober 2011 Sigmaview Alliance Sdn. Bhd. telah mengasingkan aktiviti perundingan latihannya dengan menubuhkan syarikat Sigmaview Asia Network agar lebih fokus serta dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Sigmaview Asia Network mempunyai sumber dan kemahiran menyeluruh bagi mengendalikan program latihan melalui professional-profesional berpengalaman yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing serta dapat merekabentuk modul-modul latihan bagi meningkatkan kemahiran dan prestasi kerja.
 
Modul-modul latihan digubal mengikut silibus, metodologi dan bahan-bahan rujukan latihan, kini kami memiliki pengkalan data yang luas bagi ratusan objektif kandungan kursus dan bahan latihan yang telah kami jalankan dan boleh digunakan untuk menghasilkan latihan yang berkesan dan secara kos efektif. Manakala Perunding-perunding Latihan kami pula mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan program latihan Teknikal Kejuruteraan, Pentadbiran Kerajaan, Pengurusan dan Keusahawanan kerana mereka adalah terdiri dari bekas-bekas pegawai latihan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM), INTAN, JPA, MARA dan juga bekas Pengurus IKRAM Training and Infrastructure Development Institute (ITiDi).
 
 


 
Sigmaview Asia Network mempunyai matlamat untuk menjadi sebuah institusi penyediaan Perkhidmatan Latihan yang berkualiti dalam bidang Teknikal Kejuruteraan, Pengurusan, Pentadbiran Kerajaan dan Keusahawanan untuk memenuhi keperluan semasa dan semasa hadapan. Kami sedia berkhidmat untuk memajukan negara melalui penyediaan perkhidmatan tersebut dengan cemerlang kepada sektor awam dan swasta.

Misi
Memacu bidang teknologi dan pengurusan sumber melalui penjanaan program latihan cemerlang kearah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan Negara.

Visi
Menjadi institusi latihan yang menjana, menyebar dan mengaplikasi ilmu berinovatif serta pemangkin kepada pembangunan insan progresif dan persekitaran mapan.
 

 
 

MODUL-MODUL KURSUS TERBARU / KEMASKINI (MAC 2012)


CLIP VIDEO KURSUS